Monday, April 1, 2013

Kucing & Kesabaran

Teriknya cuaca petang hari ni. Bercinta pula bila fikir nak balik kerja tiap2 hari nak redah jam dekat klebang. Tambah pula matahari petang kali ni betul2 depan mata, menyukarkan lagi pemanduan aku.Masuk je susur ke tangga batu sakit hati dengan kereta depan yang kejap2 main brek. tapi aku cuba untuk faham al maklum la bila dah masuk kawasan kampung.

Sampai rumah dah 6.30 petang seperti biasa buka je pintu kereta, dah nampak tepi pagar ada "najis" si empat2 ekor tu. Hadoi. Ku gagah kan diri untuk tarik paip dan cuci. Dengan seluar slack dan kemeja yang aku singsing sedikit sambil pegang getah paip cuci "najis" si empat2 ekor tu dah rasa macam cleaner berjaya pulak. HaHa.

Entah mana datang rajinnya, sempat pula aku cuci kereta. Habis cuci. Hati pun senang.
Masuk rumah tengok lantai rasa lekit. aku fikir dah alang2 aku rajin ni apa kata aku mop sekejap ruang tamu ni.

Dengan menggunakan "Hagis" yang dikenalkan oleh seorang promoter sesat yang datang jual kat ofis aku hari tu (peh ayat), aku pun mop la lantai. Kononnya pencuci ni mampu cuci ape2 pun. So it prove terasa berkesan pula. Tengok lantai memang berkilat. And and and hati semakin girang bak kanak2 riang. haha.

Tiba-tiba (hah ni yang tak suka ni, ada je suspen).. terbau sesuatu yang "harum" kat belakang. bila ku tgk..
Yeay !! Si milo "melepaskan hajat" dalam rumah, betul2 tepi meja kopi. Damn. Grr. nak marah tapi ..kemas je la.

so selepas 5 minit aku bersihkan najis si milo ni. otw aku balik dari buang sampah Si moo moo pulak kencing kat tempat yang sama.
ARGH! nak mara dah ni. buleh pulak dia main2 air kencing dia bawak meja ni. grrrr.

nak mara. nak mara. nak mara. tapi bila aku fikir balik, mara si moo moo ni bukan dia faham pun buat sakit hati je. mara2 pun still kena kemas jugak kan. Hadoi. Moo moo ni.

Dengan langkah yang berat aku bancuh (bancuh uoolss, haha), ye aku bancuh lagi air mop. Mop lagi SEKALI dan lagi. Lepas mop aku korban kan minyak wangi aku pula untuk ruang tamu ni. Hush.

bila tengok muka2 "dorang" ni hilang pula rasa penat tu. Nak mara pun tak jadi. Dah rasa macam anak pula. Haha. dengan nada yang lembut dan perasaan yang "bercampur baur" ni aku pun kata "So.....sayang2 semua no more tido dekat dalam mulai dari hari ni ye........grrrr.."


p/s: "Hubungan antara manusia dan haiwan mempunyai nilai estetika tersendiri."
Memang betul jaga haiwan ni buat kita tinggi dengan rasa kasih sayang dan...Kesabaran.

No comments:

Post a Comment