Monday, April 15, 2013

Get well soon, Skool !

Jaga orang sakit pun tak sesusah nak jaga "Haiwan" sakit.

Hari selasa lepas, sepanjang hari skool hilang. Puas da aku cari.
Ishh. Mana la "budak" ni pergi. Pukul 11 malam, aku dengar eqa (niece) jerit2 kata skool dah balik.
Syukur dia balik tapi skool balik dengan penuh luka. Macam hilang arah je aku tengok si skool ni, sampai suara pun dia tak da. aku tengok dekat bahagian kaki dia dah berdarah tapi lukanya tak nampak lagi.
Hati ni rasa luluh sangat.

Esok aku tengok luka skool makin teruk dengan semut pun dah hurung lukanya. Macam mana aku boleh tak perasan. Rasa bersalah sangat2. Serius makin luluh hati aku tengok dia dalam keadaan macam tu. then aku decide ajak ateh ke Klinik. Pada awalnya memang nak bawa ke Gov tapi tak sempat. So aku cakap dengan ateh, "Its okay, kita bawa je ke swasta, klinik haiwan dekat Batu Berendam, "Maju Klinik"." Ateh risau dorang charge mahal. tapi dari aku tengok skool terseksa macam tu, its okay la everything is on me. Kalu kita sebagai manusia pun kalu sakit @ luka sikit pun kita tak tahan kan, apatah lagi haiwan. InsyaAllah kita ikhlas jaga dia, mana tahu mudah-mudahan rezeki kita lepas ni murah ke.

Bawa je ke Klinik, confirm la semua orang kat situ semua bawa kucing kacukan, skool ni kucing kampung je. "Originally from Malaysia". haha. Takda mix2 just bulu dia je "kembang semangkuk". Semua owner haiwan kat situ asyik tanya dia, "Alahai, kenapa ni sayang?". huhu. Untungla semua panggil dia sayang, dengan doktor2 pun panggil dia sayang.

Masuk bilik doktor, First thing she asked me, "Kucing terbiar ke ni?". Aduh, Hampeh. "No, i jaga dia since dia lahir lagi." Mentang2 la si skool ni tak kacuk. But Its okay. Since luka dia tak nampak so doctor shave sikit la bulu dia. Bila shave doctor kata si skool ni bergaduh dengan kucing lain, bila dia tunjuk luka tu dekat aku.

Rasa nak menitis air mata ni. Gosh ! Ada dalam 5 ke 6 kesan gigitan pada kaki belakang skool. Berlubang2 badan dia. Hush. Rasa marah, sedih semua ada. So i asked her, "then how doctor, luka dia boleh sembuh ke? She said, "MM, i pun susah nak cakap, sekarang ni 50-50, kalu luka dia tak sembuh samada kita terpaksa potong kaki dia atau kalu virus dah ada dalam darah dia kemungkinan dia boleh "Mati" sebab dia pun kecil lagi, takut dia tak tahan.

Dong ! "Mati??" rasa macam ada batu jatuh kat kepala aku, terus aku sebak. Aku tak expect boleh sampai macam tu. She added, "bergantung pada dia, kalu dia kuat untuk tahan dia boleh baik, kita tunggu selepas dia makan ubat. Aish. I'm speechless. Nak pandang doctor tu pun aku tak boleh dah ni. Aku tahan untuk tak menangis.

Lagi luluh hati ni, lepas doctor inject dia dengan Antibiotic. Bila dia "meow2" bagitahu dia sakit. Damn sedih.
Masuk je dalam kotak balik, terus dia sorok muka dia. Terasa macam dia marah dekat aku. Huhu. Sory sayang.

Bhari aku tak cukup tido jaga dia. Memang betul2 macam baby, Kena tepuk dia bagi dia tido, alih je tangan dia terjaga balik. Setiap sejam dia terjaga. Kul 1, 2, 3, 4, 5, 6 pagi. Peh, letih jangan cakap la. Then bila dia berak and kencing, aku kena cuci cepat2 supaya tak da infection. Aduh.
Bila jaga dia sakit, teringat aku time dia sihat dulu, perangai macam kena "sawan", terlompat sana terlompat sini, gigit sana gigit sini. Kelakar tengok gelagat dia. Bila dia sakit ni, nak bangun pun macam tak larat aku tengok.

Paling susah bila nak bagi dia makan ubat. Terpaksa ganas sikit suap dia. Sebab nak dia baik.
Sekarang luka dia aku guna minyak gamat, since banyak aku baca blog, some of them said that gamat tu membantu untuk sembuhkan luka kucing.

p/s = Aku da berkorban masa, tenaga dan jugak exam PTD untuk dia. So Skool, please get well soon okay. Huhu.



"On the way ke klinik"












"Luka kesan dari gigitan kucing2 besar"

No comments:

Post a Comment