Saturday, March 30, 2013

Warkah Terakhir Anggota Keselamatan


Hayati warkah ini.

Wahai Isteriku, maafkan abang
seandainya abang tersalah cakap
mahupun terkasar perbuatan.
Jagalah dan didiklah anak-anak kita
menjadi orang yang berguna.

Wahai anak-anakku, maafkan ayah
kerana acapkali ayah tiada di saat anak-anak
ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.
Wahai mak dan abah, ampunkan anakmu dari
hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya
mak dan abah telah mendidik aku menjadi insan
yang berguna pada negara.

wahai ibu dan ayah mertuaku,
maafkan anakanda kerana memilih
kerjaya yang memungkinkan anak ibu
dan ayah menjadi balu sebelum usia.

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai
aku gugur di medan perang
Demi Allah aku telah berusaha sedaya-upaya.


p/s: Disaat kita gembira sini bersama keluarga tercinta, 
ada segelintir mereka yang risau & khuatir keadaan ahli keluarga di sana.
TERIMA KASIH kerana berkorban untuk negara dan keselamatan rakyat !
Semoga kita bersama2 mendoakan keselamatan &
kesejahteraan perajurit2 kita di sana.

No comments:

Post a Comment